Program Advokasi Kempen KDB & Check Your Label
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi Kempen KDB dan Check Your Label ini telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2019. Bagi advokasi Kempen KDB, taklimat berkaitan topik Buli Siber disampaikan bagi mendidik para peserta tentang apa itu buli siber dan cara-cara mencegah dan mengatasi perlakuan buli siber.
Manakala, untuk Kempen Check Your Label, taklimat disampaikan bagi mendidik para peserta tentang kepentingan dan cara-cara menyemak label MCMC yang sah sebelum membeli peralatan komunikasi bagi memastikan peralatan tersebut telah menepati piawaian-piawaian yang telah ditetapkan. Disamping itu, mereka turut diberi tunjuk ajar cara untuk menyemak label MCMC melalui laman web ecomm.sirim.my serta aplikasi telefon pintar Check Your Label yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.
Sebelum tamatnya program advokasi ini, kuiz atas talian telah diadakan melalui www.kahoot.com bagi menguji pemahamam para peserta tentang taklimat yang telah disampaikan.
Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 1 jam bermula dari 4.00 petang ini dihadiri oleh seramai 13 orang peserta. Program ini tamat pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: